SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH Mula beroperasi pada 1 Disember 2002. Ditadbir oleh PK Kanan selaku Penyelaras, PK HEM, PK Kokurikulum dan dibantu oleh 9 orang guru serta 3 staf sokongan. Jumlah keseluruhan 14 orang termasuk 2 orang pengawal keselamatan. Berstatus gred B kategori luar Bandar. Sepanjang tahun 2003, sekolah ini menumpang bangunan SK Sungai Duri, Kg Sg Duri. Jumlah pelajar seramai 74 orang pada sesi petang sahaja. Pada 18 Disember, berpindah ke bangunan sendiri. Diberikan nama SMK Taman Widuri bersempena nama projek perumahan yang terbengkalai iaitu Taman Widuri. Bangunan baru berbentuk moden, iaitu 5 blok kelas 3 tingkat dan dilengkapi dengan makmal, surau dan kantin. Berkeluasan 7.2 ekar. Sesi persekolahan pagi dalam keadaan serba kekurangan namun bertambah baik dari semasa ke semasa. Bilangan pelajar meningkat ke 110 dan 11 orang guru. Pada 25 November 2004, seorang Pengetua, En Aziz b Yusof telah diberi mandat berkhidmat di sini. Setelah 8 bulan, tempat beliau digantikan oleh En Abdul Rahman b Mat Ali, iaitu pada 16 Ogos 2005 Kemudahan dan prasana sekolah semakin baik seperti adanya bekalan computer, LCD, mesin reso dan mesin fotostat. Pada tahun 2005 dan 2006, jumlah pelajar semakin bertambah iaitu dari 296 orang ke 404 orang, manakala guru pula daripada 17 orang ke 25 orang. Setelah setahun berkhidmat, En Abdul Rahman bertukar ke sekolah lain dan digantikan oleh Tn. Hj. Mohd Zaki b Harun mulai 24 Ogos 2006. Banyak perubahan yang telah dilakukan oleh pengetua khususnya penekanan terhadap dokumentasi sekolah. Pada awal 2009 , SMKTW telah menerima kehadiran seorang pengetua perempuan yang pertama iaitu Puan Hajah Fathiyah Bte Abu Bakar yang menggantikan tempat Tn. Hj. Mohd Zaki b Harun yang telah dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Pelajaran Daerah Selatan . Pada Tahun ini juga menyaksikan pertukaran Penolong Kanan Pentadbiran yang telah berkhidmat semenjak mula penubuhan SMKTW iaitu Pn Zauyah Bte Yusoff yang bertukar ke SMK Tunku Abdul Ramhan , Nibong Tebal . Kekosongan jawatan itu telah diisi oleh En Abd Razak Bin Sulaiman dari SMK Tunku Abdul Rahman . Pada tahun 2011 , En Abd Razak telah bertukar ke SMK Seri Nibong dan tempatnya telah diisi pula oleh En Bujang Bin Sayem dari SMK Saujana Indah . Penolong Kanan HEM iaitu En Rosli Bin Khalid telah dinaikan pangkat sebagai Penolong Kanan Pentadbiran di SMK Methodist , Nibong Tebal . Manakala PK Kokurikulum iaitu Hjh Fatimah Bte Darus telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan HEM di sekolah yang sama . Kekosongan jawatan PK Kokurikulum telah diisi oleh En hazani Bin Ibahim dari SMK Valdor , Sungai Jawi pada tahun yang sama juga sehinggalah hari ini .

1 comment:

  1. Kenangan bersama perintis pertama warga widuri 74 org pelajar...9 org rakan guru tetap segar dalam memori...sangat menyayangi smktw...

    ReplyDelete