Peraturan-Peraturan Sekolah
SMK TAMAN WIDURI
14200 SUNGAI JAWI
1. Kehadiran Sekolah.
1.1. Waktu persekolahan bermula pada pukul 7:30 pagi.
Murid-murid dikehendaki berada
dalam kelas masing-masing pada pukul 7.20 pagi.
1.2. Kehadiran di sekolah dan dalam kelas adalah wajib dan
mana-mana murid yang
ponteng sekolah/kelas akan dikenakan tindakan disiplin.
(Pek. Ikt. Bil. 6/95)
1.3. Kehadiran diambil pada waktu pertama oleh guru
tingkatan dan juga pada setiap waktu pengajaran oleh guru-
guru subjek.
1.4. Murid-murid yang tidak dapat hadir oleh sebab-sebab
tertentu hendaklah
memberitahu pihak sekolah melalui surat ibubapa/penjaga
atau Surat Akaun
Doktor/pegawai kesihatan.
1.5. Murid-murid yang tidak dapat mengikuti latihan
jasmani atau sukan hendaklah membuktikan dengan
mengemukakan Surat Akaun Doktor atau Surat
Ibubapa/Penjaga.
1.6. Kelas-kelas Tambahan/Gantian adalah dianggap sebagai
waktu persekolahan biasa dan wajib dihadiri.
1.7. Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan
sekolah semasa waktu persekolahan.
2. Pakaian Seragam.
2.1. Pakaian seragam Murid Lelaki:
a. Seluar panjang warna hijau gelap.
b. Baju putih lengan pendek/panjang.
c. Kasut kanvas putih. (Pek. Ikt. Bil. 8/85)
d. Stokin putih. (-sda-)
2.2. Pengawas:
a. Pengawas lelaki memakai pakaian seragam biasa dan
bertali leher.
b. Pengawas perempuan memakai pakaian seragam
biasa/pengawas dan bertali leher atau bertudung biru muda
bagi pengawas perempuan Islam.
2.3. Pakaian seragam murid perempuan bukan Islam.
a. Pinafore.
b. Kasut putih.
c. Setokin putih.
2.4 Pakaian seragam murid-murid perempuan Islam.
a. Baju kurung potongan tradisional, leher teluk belanga,
warna putih.
b. Memakai kain sarung.
c. Memakai kain tudung kepala dengan syarat kain tudung itu
berwarna putih, berbentuk tiga segi dua sama dan berukuran
sesuai dengan murid yang memakainya.
d. Memakai kain tudung kepala berbentuk mini telekung
berwarna putih.
2.5 Pemakaian lencana sekolah dan tanda nama adalah
diwajibkan untuk semua murid. Lencana dan nama
hendaklah dipakai di sudut kiri bahagian atas dada atau di
atas saku baju.
2.6 Murid-murid dibenarkan memakai tali pinggang; warna
hitam atau coklat, lebar di antara 2.5 cm/ 3 cm, kepala sama
besar dengan tali pinggang, tanpa haisan.
2.7 Murid-murid dilarang sama sekali menggunakan alat
solek dan barang-barang kemas atau perhaisan tiruan.
2.8 Pakaian seragam hendaklah dipakai semasa hari
persekolahan, waktu menghadiri kelas atau aktiviti sekolah
atau mengikuti rombongan kecuali dibenarkan oleh pengetua.
Pakaian seragam wajib dipakai semasa peperiksaan.
2.9 Murid-murid dilarang memakai selipar ke sekolah,
walaupun hari hujan.
3. Pakaian Pendidikan Jasmani (Bil. 12/78)
3.1. Murid-murid lelaki dan perempuan dikehendaki memakai
baju T sekolah/ pakaian yang sesuai yang lain daripada
pakaian seragam sekolah ketika matapelajaran Pendidikan Jasmani atau menyertai kegiataan kumpulan.
3.2. Murid-murid perempuan dibenarkan memakai seluar
panjang waktu bermain atau menjalankan Pendidikan
Jasmani.
3.3. Murid-murid tidak dibenarkan memakai cermin mata
yang berwarna gelap atau berbentuk luar biasa.
4. Potongan Rambut. (Bil. 2/76)
4.1. Murid-murid lelaki tidak boleh berambut panjang.
Istilah rambut panjang adalah seperti berikut:
4.1.1. Di belakang: rambut jatuh melebih garisan di bawah
cuping telinga.
4.1.2. Di depan: rambut menutup garisan tengah dahi.
4.1.3. Di sebelah: rambut menutup kedua-dua telinga atau
sebahagian daripadanya dan sideburn melebihi garisan
tengah hidung.
4.1.4. Di atas: rambut lebih daripada 6 inci panjang.
4.1.5. Potongan rambut murid hendaklah mengikut stail yang
dibenarkan dan bukan mengikut fesyen semasa.
4.1.6. Murid-murid tidak dibenarkan mewarnakan rambut.
Murid yang mewarnakan rambut akan diarahkan
mewarnakannya semula seperti warna asli.
4.2. Murid-murid tidak dibenarkan menyimpan misai,
janggut atau jambang.
4.3. Bagi murid-murid perempuan, rambut hendaklah jangan
jatuh ke bahu. Tetapi jika ada murid perempuan berambut
panjang mereka hendaklah mengikat rambut mereka
sebagai toncang atau ekor kuda dengan reben berwarna biru,
putih atau hitam.
5.3. Buku-buku teks dan Buku-buku Latihan.
5.3.1. Buku teks adalah kepunyaan Kementerian Pendidikan dan
dipimjamkan kepada murid-
murid.
5.3.2. Adalah menjadi tanggungjawab murid-murid menjaga
kebersihan dan keselamatan buku tersebut.
5.3.3. Murid-murid diwajibkan membalut buku-buku tersebut.
5.3.4. Murid-murid dilarang menconteng atau
mengotorkan buku-buku teks. Murid-murid dilarang merosakkan buku itu seperti mengunting gambar-
gambar atau mana-mana bahagian dalam buku tersebut.
5.3.5. Murid-murid dilarang meninggalkan buku tersebut di
dalam bilik darjah setelah tamat tempoh waktu belajar
pada hari itu.
6. Ujian/Peperiksaan.
6.1. Kehadiran dalam semua ujian/peperiksaan adalah wajib.
6.2. Murid-murid hendaklah menjawab semua soalan
peperiksaan dengan serius dan tekun.
6.3. Murid-murid tidak dibenarkan bising, meminjam alat-alat
daripada kawan atau tidur semasa peperiksaan.
6.4. Murid-murid yang mempersendakan peperiksaan dalam apa
bentuk sekalipun akan dikenakan tindakan disiplin.
6.5. Murid-murid hendak menjauhkan diri daripada sebarang
penyelewengan atau ketidakjujuran dalam peperiksaan.
7. Kegiatan Kokurikulum.
7.1. Yang dimaksudkan dengan kegiatan kokurikulum adalah
gerakkerja yang dijalankan oleh sekolah di luar masa :
7.2 Kegiatan sukan.
7.3 Kegiatan persatuan
7.4 Kegiatan Persatuan pakaian seragam.
7.5 Kegiataan keagamaan.
7.6 Murid-murid diwajibkan mengambil bahagian dalam
sekurang-kurangnya satu kegiatan Pasukan Pakaian
Seragam dan satu kegiatan Kelab / Persatuan.
8.0 Kesalahan-Kesalahan Berat. (Bil. 9/75)
8.1 Menjadi ahli dalam pertubuhan haram.
8.2 Membawa senjata yang merbahaya dengan tujuan jahat.
8.3 Memukul guru-guru.
8.4 Mengancam guru-guru atau Pengetua.
8.5 Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang
ditubuhkan oleh sekolah dan Jabatan Pendidikan.
8.6 Menulis kepada surat khabar tanpa kebenaran pihak yang
berkuasa sekolah.
8.7 Sengaja merosakkan harta benda sekolah.
8.8 Sengaja merosakkan harta persendirian guru-guru atau
murid-murid.
8.9 Mencuri
8.10 Mengancam murid-murid lain – ancaman yang serius dan
berbahaya.
8.11 Merokok dan mengambil dadah.
8.12 . Berjudi
8.13 Meminum minuman keras atau yang memabukkan.
8.14 Masih membantah hukuman guru – sekalipun sudah tiga atau
empat amaran.
8.15 Menunjukkan sifat bongkak dan membuat penghinaan
kepada guru/Guru Besar.
8.16 Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan
tujuan menimbulkan kacau bilau dan perpecahan kaum.
8.17 Melanggar peraturan-peraturan tatatertib atau menangkis
yang menurut budibicara Guru Besar sebagai pelanggaran
tatatertib yang berat.
8.18 Membawa, menyimpan, mengedar dan bermain mercun serta
bunga api.
9. Kebersihan.
9.1. Pakaian yang bersih serta yang kemas dan kebersihan diri
mencerminkan peribadi atau personaliti seseorang murid.
(Pek. Ikt. Bil. 1/96, 2/96) Oleh itu murid-murid mestilah:
9.1.1. Selalu menjaga kebersihan pakaian.
9.1.2. Selalu menjaga kebersihan diri, terutamanya rambut, kuku,
gigi dan keseluruhan badan.
9.2. Semua murid dikehendaki mengamalkan semangat
bertanggungjawab terhadap kebersihan bilik darjah,
bangunan dan kawasan sekolah. (Pek. Ikt. Bil. 6/97)
10. Merokok.
10.1. Sekolah adalah kawasan larangan merokok. Semua guru,
ibu bapa, pekerja, murid dan mana-mana individu yang
berada atau berurusan dengan sekolah tidak dibenarkan
merokok di kawasan sekolah. (Pek. Iktisas Bil. 4/97)
(Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau, 1993)
10.2. Larangan merokok meliputi semua premis sekolah, sama
ada di kawasan terbuka, mahupun di bilik-bilik atau di
tempat-tempat yang terselindung. (Pek. Ikt. Bil 1/83)
10.3. Murid-murid tidak dibenarkan membawa, membeli atau
mengedar rokok.
10.4. Murid-murid ditegah sama sekali merokok di kawasan
sekolah atau berdekatan dengan pintu/ pagar sekolah.
10.5. Murid-murid yang ditangkap 5 kali merokok akan dibuang
sekolah. (Pek. Iktisas Bil. 4/97)
11. Peraturan Bilik Darjah.
11.1 Ponteng kelas/sekolah:
11.1.1. Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah/kelas tanpa
kebenaran dan alasan yang munasabah dianggap ponteng.
11.1.2. Sekiranya murid ponteng sekolah selama 3 hari berturut-
turut guru tingkatan, melalui Guru Besar akan menghantar
surat amaran pertama kepada ibubapanya.
11.1.3. Sekiranya murid tersebut masih ponteng selama 7 hari,
maka surat kedua akan dihantar kepada ibubapanya.
11.1.4. Setelah murid yang sama ponteng selama 2 minggu
berturut-turut, surat ketiga, iaitu surat tunjuk sebab kenapa
dia tidak diberhentikan daripada sekolah akan dihantar
kepada ibubapa.
11.1.5. Ibubapa diberi masa 14 hari untuk menjawab surat tersebut
dan sekiranya gagal berbuat demikian, guru tingkatan akan
membatalkan nama murid tersebut daripada buku
kedatangan murid dan pihak sekolah akan mencatatkan
namanya dalam pulangan bulanan sekolah.
No comments:
Post a Comment